CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 5, 2011

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU STRATEGI PENGAJARAN MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG

 Artikel 2

Pensyarah:
DR. FADZILAH BINTI ABD. RAHMAN
Disediakan oleh:
Nurul Farhana Binti Khairudin 142180

Bacelor Pendidikan (PBMP)
Sesi 2010/2011
Fakulti Pengajian Pendidikan
UPM Serdang

Bahagian 1


1.0 Latar Belakang Tajuk


Sherry pada tahun 1996 menjelaskan bahawa pendidikan berasaskan laman sesawang(web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkankeupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsianmaklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua. Pencapaiankepada internet melalui laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu danmaklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas merangkumi pelbagaidisiplin. Fenomena ini juga dapat mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemarbelajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasanwaktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengaksesdan kemhiran menggunakan teknologi ICT. Kenyataan ini disokong oleh Haslinda AbuHassan pada tahun 2000 yang menyatakan pembelajaran masa kini adalah sebagai satuproses yang berterusan dan tidak terbatas dalam satu konteks sahaja.


Laman sesawang merupakan salah satu cara untuk memaparkan maklumat kepadamasyarakat global walau di mana mereka dapat mengakses internet. Pembangunan lamansesawang yang menggunakan bahasa HTML atau Hypertext Markup Language berasaskankepada tatacara permintaan dan tindak balas terhadap paparannya di mana ia adalahpiawai bagi web mengenal dan membuat dokumen hypermedia.


Pengajaran berasaskan laman sesawang atau laman web (WWW) boleh dilihat sebagaipendekatan inovatif bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang jauh denganmenggunakan web sebagai bahan perantara. Menurut Smith dan dan Ragan (1993),“Pengajaran ialah penyampaian maklumat dan aktiviti bagi memudahkan pelajar untukmencapai matlamat pembelajaran yang spesifik” dan bahan perantara merupakankomunikasi mesej pengajaran. Justeru, definisi “Pengajaran Berasaskan Laman sesawang”ialah program pengajaran berasaskan hypermedia yang menggunkan atribut dan sumberWWW bagi mereka cipta dan mendukung suasana pembelajaran bermakna.


Penggunaan laman sesawang menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbandingpengajaran di bilik darjah tradisional. Pelajar tidak lagi hanya mengakses kepada buku tekssahaja, tetapi mendapatkan pelbagai sumber maklumat melepasi daripada kawasansempadan bilik darjah sekolah. Pelajar boleh mengakses maklumat di seluruh perpustakaanyang ada di dunia.

Duchastel dan Turcotte (1977) pula menyatakan bahawa komunikasi melalui internet boleh dibahagikan kepada tiga kategori am, iaitu akses kepada maklumat khusus kepada WWW, komunikasi asinkroni melalui e-mel dan komunikasi secara langsung melalui IRC serta siding video. Quinlan (1977) menerangkan terdapat tiga fungsi penggunaan web, iaitu komunikasi(kebolehan untuk berkomunikasi antara sekolah dan komuniti), mengakses maklumat(kebolehan mengakses dan menggunakan maklumat), dan perkongsian sumber (kebolehanberkongsi dan menyebarkan sumber maklumat kepada yang lain untuk mengakses danmenggunkannya).

Dryli dan Kinnaman (1996) berpendapat bahawa WWW boleh membantu pelajarmencapai matlamat asas pendidikan seperti perkembangan kemahiran asas yang kukuh,kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis dan kreatif, koloboratif dan koperatif, menggunkanstrategi penyelesaian masalah, berfungsi sebahagiandaripada komuniti dan penglibatanpembelajaran sepanjang hayat.


Brack (1996) dalam kajian beliau yang menunjukkan laman sesawang (WWW) berkesandalam pembelajaran dengan mengenal pasti kaedah pautan bagi mencari maklumat.Bahan-bahan pengajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil (chunks), dan peta konsep sertajadual isi kandungan turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar berpuashati dengan cara pebelajaran tersebut. Pelajar tidak mudah hilang kosentrasi dan dapatmenguasai dan memberi tumpuan pembelajaran, berfikir secara mendalam berbandingpenggunaan cara tradsional.


2.0 Konsep Pengajaran

3.0 Ciri-ciri Pengajaran


Laman sesawang dalam pendidikan sememangnya merupakan suatu elemen barudalam bidang pendidikan berbanding dengan kaedah tradisional yang diamalkan.Perbezaan ketara terhadap proses pembelajaran melalui laman sesawang dan prosespembelajaran tradisional adalah media yang digunakan. Melalui aplikasi laman sesawangdalam pendidikan, penggunaan media interaktif sememangnya satu perkara yang palingmembezakannya dengan kaedah tradisional. Selain itu, pembelajaran melalui lamansesawang melibatkan faktor ruang dan sempadan yang tiada batasan serta berupayamenjadikan proses pembelajaran melalui laman sesawang satu proses yang berkesan danefektif.



Berikut merupakan ciri-ciri pengajaran berasaskan laman sesawang:


1. Interaktif
Melalui kaedah pembelajaran melalui laman sesawang, suatu aspek yangpenting adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar yangterlibat akan berinteraksi secara aktif dalam mendapatkan maklumat danpengetahuan sama ada sesama pelajar sendiri mahu pun berinterksi denganguru mereka. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa pembelajaranmelalui laman sesawang akan menjadikan suatu perubahan paradigma terhadapkomunikasi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar mahu pun antaraguru dengan guru. Penglibatan aktif ini juga merangkumi kebolehan pelajarmengawal maklumat yang diterima dan memberi serta menerima maklum balastentang pengetahuan yang disampaikan.


2. Multimedia

Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang direka bentuk khas bagimemenuhi gaya pembelajaran pelajar dengan mengintegrasikan pelbagaielemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya.


3. Sistem terbuka

Pengajaran berasaskan laman sesawang merupakan system terbuka. Pelajarboleh bergerak di luar daripada suasana pembelajaran daripada system tertutupseperti buku, CD-ROM yang telah dikenal pasti oleh pereka bentuk.


4.Pencarian dalam latihan

Pelbagai jenis enjin pencarian yang berkaitan dengan kandungan kursus dan penyelidikan projek yang terdapat dalam internet.

5.Akses secara global

Maklumat dan sumber di seluruh dunia boleh diakses oleh sesiapa sahaja, dimana sahaja di dunia, asalkan dia dihubungkan kepada internet. Fungsipepustakaan digital ini membolehkan pelajar mengakses maklumat berdasarkanjenis maklumat dan pada masa yang bersesuaian mengikut keperluan dankehendak mereka secara tidak linear.Untuk pencarian maklumat meskipun bagisejumlah kecil seperti ensiklopedia mahu pun kamus amat mudah dilakukanhinggalah menjangkau bagi mendapatkan jumlah maklumat yang lebih besar danbanyak hanya memerlukan hamparan elektronik laman sesawang sahaja asalkankemahiran mendapatkan maklumat melalui cara ini dikuasai.


6. Penerbitan elektronik
Web menyediakan mekanisme yang mudah untuk penerbitan elektronik. Kedua-dua pengajar dan pelajar boleh mengarang dan mencetak kerja mereka secaraglobal (Sherry, 1996). Penghantaran projek pelajar dan kerja-kerja lain pelajarboleh digunakan sebagai model, perbincangan, atau bahan yang boleh dilihatkembali dalam pengajaran berasaskan laman sesawang (Bannan dan Milhelm,1997). Laman sesawang bertindak sebagai kuasa motivasi bagi menabahbaikkantenaga dan konsep kendiri (Kearsley 1996).


7. Keselarasan sedunia

Standard yang terbuka dalam lamansesawang membolehkan seseorang didunia ini mereka cipta dan menghantar dokumen dengan menggunakan bahasapengaturcaraan dan alamat internet yang standard. Laman sesawangmenggunakan bahasa pengaturcaraan yang biasa, iaitu HTML yang fleksibel danberfungsi merentasi pelbagai pelantar dan boleh diakses di seluruh dunia. URLsatu system alamat yang boleh diakses secara meluas dalam internet.


8.Sumber dalam talian

Laman sesawang menyediakan akses yang serta-merta dan tidak terhad kepadasumber dalam talian. Akses kepada pembangunan dan penemuan baru bolehdidapati serta-merta


9. Interaksi silang-budaya

Pengajaran berasaskan laman sesawang menyediakan satu perantara yangmembolehkan pelajar dan guru berkomunikasi dalam talian dengan pelbagaisumber dari merata-rata dunia. Pelajar bukan sahaja mendapat keuntungandaripada pelbagai pandangan perspektif berkenaan kandungan subjek tetapijuga mewakili budaya mereka masing-masing. Keupayaan merayau dan belajartentang budaya masing-masing boleh dipermudahkan melalui internet.


10. Pelbagai kepakaran

Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang mengambil kelebihan pelbagai
sumber yang terdapat dalam laman sesawang yang disediakan oleh pakar-pakar
daripada pelbagai bidang. Komuniti elektronik boleh menyediakan pelbagai
perspektif daripada luar kepakaran sehingga tenaga pengajar jemputan. (Bannan
dan Milheim 1997)


11. Sokongan industri

Pembina pengajaran berasaskan laman sesawang ini boleh mengaksesmaklumat dengan sebarang perkakasan dan perisian laman sesawangkeranasetiap syarikat mempunyai tapak web masing-masing. Kebanyakan aplikasiinternet boleh dimuat turun secara percuma dan boleh diguna pakai dalamtempoh masa tertentu.


12. Kawalan pelajar

Laman sesawang memudahkan pembelajaran demokratik, iaitu apakahsepatutnya dipelajari, cara ia dipelajari, dan urutan cara ia dipelajari.

13. Keselesaan

Pengajaran berasaskan laman sesawang selesa kepada pelajar, guru dansekolah. Pelajar boleh mendaftar kursus, membuat kerja kursus, mengendalikanpenyelidikan, dan berkomunikasi dengan instruktur melalui internet tanpa perlumengembara secara fizikal. Guru boleh mengemaskini bahan pelajaran denganmudah, menyediakan panduan dan sokongan melalui kedua-dua cara asinkronidan sinkroni tanpa terikat kepada suasana bilik darjah dan waktu pejabat.Sekolah yang mendukung system secara talian boleh menguruskan kehadiranpelajar, dan keputusan peperiksaan melalui internetdan mengurangkan kosoperasi dan pengambilan tenaga sumber manusia. Walau bagaimanapun,mengakses laman sesawang, meuat turun fail multimedia dan mengubahsuaiperantara baru kadangkala agak mencabar kepada seseorang guru.


14. Mudah digunakan

Suasana hypermedia dalam pengajaran berasaskan laman sesawangmembenarkan pelajar merayaudan menemui bahan yang sesuai dengankeperluan individu.


15. Berkesan

Pengajaran berasaskan laman sesawang amat berkesan kepada pelajar, gurudan sekolah. Pengjaran tidak perlu dicetak dan diedarkan. Walau bagaimanapun,aktiviti ini mungkin kurang berkesan bagi sesiapa yang tidak mempunyaikemudahan computer dan internet.


16. Pembelajaran kolaboratif
Satu ciri yang ketara dalam aspek pembelajaran berasaskan laan sesawangadalah bentuk pembelajaran kolaboratif atau pembalajaran secara berkumpulanyang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri dalam konteks pendidikan.Kaedah pembelajaran kolaboratif melalui laman sesawang dapat membentukdan menggalakkan kerjasama pelajar dalam memenuhi tugasan akademikberdasarkan kepada konsep perbincangan. Pembentukan kumpulan kerjasamasama ada dalam komuniti berpasangan mahu pun komuniti kecil dapatmembantu pelajar memenuhi matlamat pengajaran dan pembelajaran denganobjektif yang jelas.


16. Medium komunikasi

Letusan internet melalui laman sesawang dalam aspek pembelajaran jugamerupakan satu medium komuniaksi dan sebagai memenuhi sifatnya yangmerangkumi jaringan interaktif. Jaringan ini mewujudkan internet sebagai sebuahperpustakaan virtual terbesar melalui penyebaran maklumat berbentuk digital.Maklumat-maklumat dalam laan sesawang yang berbentuk bit akan sentiasadikemaskini malahan dapat diubah bentuk oleh pelajar dalam bentuk bercetaksekiranya kaedah ini diperlukan. Pelajar dapar memanfaatkan kebaikan internetdan persembahan melalui laman sesawang untuk mengumpullkan sebanyakmana maklumat dan pengetahuan bagi memenuhi tuntutan dalam pembelajaransecara onlineyang menyokong perolehan pengetahuan melalui cara ini.

4.0 Kelebihan dan Kekurangan Strategi



Kelebihan:

1.      Hiperteks menyediakan bentuk termudah interaksi pengguna serta membolehkanpengguna mengawal maklumat. Mengklik pada teks hipertaut atau imej akanmembawa anda kepada laman lain atau imej lain yang terdapat dalam computeratau computer lain di seluruh dunia.

2.     Penyampaian multimedia dapat disampaikan kepada laman sesawang melalui pelayan grafikal. Gambar foto boleh didigitalkan, begitu juga audio, video, dan animasi boleh disampaikan kepada ramai pengguna tanpa menjejaskan kualitinya dengan penggunaan yang berulang kali.

3.    Interktiviti sebenar melepasi laman sesawang statik dan menghubungkan laman lain bagi mencipta interaktiviti sebenar dengan penukaranmaklumat antarapengguna dengan pelayan. Borang merupakan interaktiviti yang mudah danmembolehkan pengguna memindahkan data kepada pelayan, misalnya mengisijawapan ujian. Skrip CGI boleh digunakan untuk maklum balas kepadapengguna, misalnya menghantar markah atau keputusan ujian kepada penggunasecara talian.

4.    Penyebaran pelantaR secara bersilang. Pengguna tidak perlu risau lagi sama ada menghasilkan program versi Macintosh, DOS, atau Windows. Penggunakomputer boleh bertempat di dalam atau di luar kampus, di laur negeri, atau dimana-mana sahaja. Laman sesawang membolehkan pengguna mengaksesmana-mana program selepas membayar yuran tanpa perlu memasangnya.Penyemak lewa menyediakan antara muka yang mudah dipelajari dan mudahmencari untuk mendapatkan maklumat.

5.     Laman sesawang membolehkan integrasi tanpa sempadan, iaitu pengajaran darimana-mana tapak. Misalnya, pengajaran satu terdapat di California danpengajaran dua terdapat Switzerland. Hal ini dapat embangunkan konsortia yangkaya dan keistimewaan bersilang bagi program pengajaran.

6.     Mudah mempertingkatkan dan mengembangkan program laman sesawang.Maklumat baru mudah dimuat turunbagi menghasilkan bahan pengajaran yangke hadapan daripada maklumat dalam buku teks.

7.     Keluwesan penggunaan. Ini bermaksud pengguna dapat mengakses bahan sertamempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalamkeadaan yang tidak formal. Ia dapat diakses sama ada menggunakan secaradalam talian atau di luar talian; mencetak atau menyimpan seta menggunakanteknik ‘copy and paste’ untuk membina sesuatu bahan.

8.     Kos efektif. Bahan


Kekurangan:


1.      Pelayan dan pelantar yang berbeza memaparkan secara berlainan pada skrinsehingga menghasilkan keputusan yang berlainan. Versi yang berlainan jugamenghasilkan output yang berlainan pada skrin.

2.     Pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya pada ciri-ciri yang dipaparkan pada skrin, dan kadang-kadangboleh mengubah suai peletakannya, menukar taip muka, saiz fon, latar dan warna pautan.

3.   Jika sesuatu muka laman sesawang telah diakses, setiap pautan yangdihubungkan dengan muka laian akan bertukar warna dan kekal sehinggatempoh hayatnya, iaitu 30 hari atau ditukar tempoh hayatnya. Jiks penggunaberkongsi komputer, pengguna yang kedua dan seterusnya akan melihat kepadamuka yang telah diakses oleh pengguna sebelumnya.

4.   Internet dan transmisi rangkaian setempatmemerlukan masa untukmemindahkan dan memaparkan teks besar dan fail imej apabila dihubungkankepada komputer lain untuk pembangunan projek.

5.     Pengguna boleh memuat turun sebarang teks atau fail imej, tetapi undang-undang hak cipta terpelihara tidak terjamin

No comments:

Post a Comment